Sabtu, November 27, 2010

Lens

Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
Jenis – Jenis Lens:

FUNGSI LENS
Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.

a. Focusing Ring
  • Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.
b. Aperture
  • Alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop.
  • Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukan cahaya ke filem.
  • Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.


WIDE ANGLE
  • Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas.
Jenis-jenis Lens Wide Angle.
  • 16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,
  • Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.
Kelebihan wide angle lens
  • Imej lebih besar dari imej sampingan
  • Pemandangan lebih luas
  • Dinamik dan kesan herot/ ubah bentuk
  • Jurugambar kelihatan begitu hampir dengan subjek
  • Kesan herot pada gambar wide angle

STANDARD LENS
Lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret.

Jenis-jenis
  • 50mm, 55mm, 70mm.

Kelebihan/Fungsi
  • • Lens asas apabila membeli kamera
  • • Kesan normal pada gambar
  • • Bangunan kelihatan jauh

TELEPHOTO LENS
Lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.
1. Jenis-jenis
  • • 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm

2. Kelebihan/Fungsi
  • • Gambar jauh kelihatan hampir

MICRO LENS
Lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.

Jenis-jenis
  • • 55mm, 105mm, 200mm

Kelebihan/fungsi/kesan
  • Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm bolehmerakam
  • gambar mikro pada jarak jauh.
  • Sudut pandangan micro lens.
  • Fokus pada objek

ZOOM LENS
Lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai di atas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.
  • 25mm – 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.



Reference : http://creatphoto.wordpress.com/mengenali-kamera-dan-fotografi/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Memuatkan ...