Isnin, Disember 06, 2010

Crop Sensor & Full Frame

Crop Sensor & Full Frame
Petikan daripada : http://www.fotogu.com/tutorial-gu/crop-sensor-crop-factor-apa-bendanya-tu/

Rujukan juga : http://www.the-digital-picture.com/canon-lenses/field-of-view-crop-factor.aspx

PENGENALAN

Kebanyakan sensor kamera digital lebih kecil dari kamera filem biasa (ala…yg dulu-dulu tu, sebelum kamera digital banyak kat kedai). Kawasan tangkapan (area captured) setiap gambar dari kamera digital adalah lebih kecil daripada kamera filem.

Inilah sebabnya mengapa ia disebut crop factor. Sensor yang lebih kecil akan ‘memotong’ kawasan tangkapan gambar berbanding dengan kawasan tangkapan gambar dari filem 35mm. Nak faham lebih lanjut cuba lihat imej di bawah,

[www.fotogu.com] crop factor example 2

Kalau tengok gambar di atas, anggap gambar penuh tersebut adalah bersaiz 35mm pada standardnye..

Garisan PUTIH adalah sensor penuh (full frame) atau 1.0x crop factor

Garisan HIJAU untuk 1.3x crop factor

Garisan MERAH untuk 1.5x crop factor

Garisan BIRU untuk 1.6x crop factor

Kebiasaannya crop factor untuk kamera digital adalah bergantung kepada pengeluar. Contohnya:

  • Nikon banyak menggunakan 1.5x crop factor manakala;
  • Canon pula banyak mengeluarkan model dengan 1.6x crop factor.
  • Olympus pula menggunakan Four-Third lensa yakni dengan 2.0x crop factor.

Inilah juga menjadi sebab kamera digital memiliki viewfinder yang lebih kecil dari kamera filem 35mm. Walaupun nampak tak ketara tapi sebenarnye ade beza.

Viewfinder pada SLR Filem viewfinder Digital SLR

Masih pening? Ok..ok.. macam ni.. dalam entri yg sebelum ni saya ada ajar bukan cara-cara nak baca tulisan pada badan lensa? Jadi saya anggap anda semua dah faham apa makna bila saya katakan lensa tersebut dengan 50mm atau 18-55mm bukan?

Petikan daripada : http://www.fotogu.com/tutorial-gu/crop-sensor-crop-factor-apa-bendanya-tu/

Pertama sekali anggap saya gunakan 2 kamera yang berbeza yakni kamera Nikon dengan 1.5x crop factor dan satu lagi, kamera Canon dengan 1.6x crop factor.

Contoh paling mudah ialah katakan anda mengambil gambar dengan jarak fokal lensa 18mm pada kamera NIKON. Keluasan hasil gambar yang akan anda lihat adalah lebih besar berbanding gambar yang anda dengan jarak fokal lensa 18mm dengan kamera CANON. Mengapa? kerana crop factor kamera Canon lebihh besar nilainya.. Mudah bukan? :D

BAGAIMANA NAK TAHU CROP FACTOR BAGI SESEBUAH BODI KAMERA?

Ada beberapa cara mudah untuk anda kenal pasti crop factor bagi sesebuah bodi kamera:

  • Biasanya ada pada spesifikasi kamera dalam mana-mana promosi kamera tersebut.
  • Kalau tiada, tanya pada jurujual kamera tersebut.
  • Langkah paling selamat dan meyakinkan adalah tanya kepada abang Mr. Google kite :)

BOLEH BAGI CONTOH KAMERA DENGAN CROP FACTOR DAN FULL FRAME?

Bagi penggemar Canon:

Crop Factor List

Sumber: The Digital Picture

Bagi Penggemar Nikon:

Sumber: Kenrockwell

Dan Secara amnya:

1.3x – Canon EOS 1D/1D MkIIN

1.5x – Nikon D40/D50/D70/D70s/D80/D200/D2XD2Hs,Minolta 7D/Fuji S3 Pro

1.5x – Pentax *istDS/K100D/K110D/K10D

1.6x – Canon EOS 300D/400D/20D/30D

2.0x – Olympus E-400/E-500/E-300/E-1

Petikan daripada : http://www.fotogu.com/tutorial-gu/crop-sensor-crop-factor-apa-bendanya-tu/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Memuatkan ...