Cara-cara untuk mengubati masalah ruam lampin pula iaitu :
1. Tukar lampin dengan kerap. Maknanya kena check selalu la terutama untuk kes bayi yang tengah ada masalah berak-berak. Sebab kalau tak ditukar, nanti bertambah merebak pula masalah ruam lampin nya.
2. Biarkan bahagian yang terkena ruam terdedah kepada udara. Maksud saya, kalau boleh tak payah bagi pakai pampers. Tapi kena berjaga-jagalah… nanti terkena siraman air pancur plak. Tapi cara ni berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan sebab bahagian yang kena ruam tidak ditutup dan sentiasa kering.
3. Sapukan ubat anti ruam lampin. Contohnya Drapolene sebagai pencegahan dan juga untuk mempercepatkan penyembuhan. Tapi kalau ikut petua tok nenek dulu-dulu, sapu tepung ubi je.. dalam 2 ke 3 hari dah hilang ruam lampin kat punggung baby.
4. Sekiranya tiada pilihan tapi terpaksa juga pakaikan lampin pada bayi, pilihlah lampin yang lembut, longgar dan menyerap peluh kerana kulit yang terkena ruam lampin sangat sensitif kepada geseran dan boleh menyebabkan ruam bertambah teruk. Seeloknya elakkan dari memakaikan bayi dengan lampin pakai buang yang bahagian luarnya dibuat dari plastik. Tapi gantikan dengan lampin kain.
Tapi apa-apa hal pun, ruam lampin sebenarnya adalah satu masalah yang biasa terkena kepada bayi. Jika anda dapati ruam lampin pada bayi bertambah teruk, sebaiknya bawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Manalah tau kot ada masalah jangkitan kulat sekali yang memerlukan rawatan dan ubat-ubatan yang lebih intensif.
Maklum balas :
baru2 ni anak saya pun kena ruam lampin ni. tebal jadinya dah cuba drapolene tapi lambat nak baik. kesian kat anak. so pi farmasi dia bg cream 60. alhamdulillah baru pakai 2 hari dah nampak perubahan.sekadar berkongsi..
anak saya baru berusia 4 bulan… dia menghadapi masaalah ruam dan gatal-gatal di seluruh leher ,kepala,telinga dan kelengkang..sy kesian sangat pada anak saya siang malam dia mengaru kalau di biar sampai bedarah kepala dan kulit nyer…bila malam lagi la dia gatal pai susah nak tidur walupun mata nyer dah mengantuk…sy sedih bila lihat dia terus menangung kesakitan….ubat dan sabun semua dah saya cuba tapi tetap tidak berkesan…
kalu berkesan pun ruamnyer akan datang semula.. tolong lah saya menyelesaikan masalah ini,kasihan pada ank saya dah 4 bulan dia menderita…
saya baru melahirkan cahaya mata & sekarang berusia 1 bulan lebih..dalam cuaca yg panas sekarang, die menghidapi ruam di leher, depan & belakang badan serta di muka..so saya pergi ke kedai ubat china & telah mensyorkan kepada saya sejenis bedak serbuk Anson(zhen zu Qing Liang – RE FEI FEN Powder)..Alhamdullilah, slps menggunakan dlm beberapa hari, ruam die telah berkurang.. tp memang penting untuk menghindarkan ruam berulang, perlulah menukar lampin bayi selalu & kawasan yg terkena ruam perlulah sentiasa kering dan bersih. sekadar memberi pandangan.. ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan