Isnin, Februari 07, 2011

Peranan Suami Ketika Isteri Nak Bersalin

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi.

Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan.

Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak.

Suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu .

Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. (amboi…..-farah-)

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah.

Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama .

Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public).

Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk).

Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke klinik.

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya. Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu.

Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Allah berfirman (utk kaum suami):

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

—-

Bagus kan suami Farah ni.. lebih ramai suami yang ada pengetahuan tentang BF ni insyaAllah akan menjayakan lebih banyak lagi penyusuan susu ibu..

sekian, terima kasih..


Sumber : http://msizyan.blogspot.com/2010/07/peranan-suami-ketika-isteri-hamil.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini