2 gelas beras panjang
2 1/2 gelas air
1 cawan bawang goreng diramas
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/4 cawan minyak kelapa
Sedikit kismis
5 sudu besar minyak sapi
1 inci halia diambil air
2 labu bawang besar dicincang
5 ulas bawang putih dihiris
1 helai daun pandan
Sedikit air mawar
CARA-CARA
1. Beras dibersihkan dan ditoskan
2.Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan minyak masak.
3.Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tuangkan air sejuk, susu cair dan air halia. Biarkan sampai mendidih.
4.Masukkan bawang ramas, daun pandan, air mawar dan biarkan beras mendidih. Setelah nasi hampir kering, kecilkan api dan biarkan sampai betul2 masak Taburkan kismis semasa menghidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan