Sabtu, Julai 24, 2010

Petua-petua 3

Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.
Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan
keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau
nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan
terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat
perubahannya.


Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1
: Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa
ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah
tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2
: Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong
ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka
yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas
minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3
: Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air.
Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu
dibasuh dengan air bersih.


Menghaluskan Kulit Badan

Petua 1
: Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan
digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat
membuangkan daki-daki dibadan (skrub)
Petua 2
: Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas
mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda
dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu
sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.


Menghilangkan Bau Badan

Petua 1
: Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian
makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Petua 2
: Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda,
tumbuklah hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil
supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari.


Melembutkan Rambut

Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.
Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan
lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.
Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga
halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan
seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda
lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Merawat Kulit Berkedut 
Petua 1 : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu
dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari.
Amalkan sehingga berkesan.
Petua 2 : Utk mengurangkan garis halus di wajah, ratakan selapis
madu pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit. Bersihkan
menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air (seelok-eloknya air
hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa titis jus lemon ke
dalam madu sebelum disapukan pada wajah.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada
bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Melembutkan Tapak Tangan
Letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang pada tapak tangan anda yang
basah. Ratakan sehingga menampakkan buih, kemudian basuh. Anda akan
merasakan tapak tangan anda menjadi lebih lembut.

Mewangikan Rambut
Hiris dua biji limau nipis nipis-nipis secara melintang. Kemudian
gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga
air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum
dibilas. Amalkan setiap kali sebelum mandi.

Menghilangkan Parut
Petua 1
: Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5
minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang
kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut.
Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut
tersebut.
Petua 2
: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk
ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk.
Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur
hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik
hitam dan jerawat di wajah.
Petua 3
: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan
sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg
berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu
malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan
parut.
Petua 4
: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis
atau kulit pisang kapas.
Petua 5
: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 6
: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang
putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan
dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan
kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah
itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan
mendapat hasil yang memuaskan.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu
sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap
dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut
sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan
rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan
rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu,
petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Menghaluskan Kulit Kaki dan Tangan
Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan.
Biarkan selama 20 minit.Selepas itu, digosokkan dengan hampas
kelapa. Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dengan
tuala. InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan.

Mengatasi Pecah Pada Jari
Bagi mengatasi masalah pecah-pecah pada jari tangan atau kaki,
bancuhlah sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila sebati,
sapukan pada bahagian jari yang pecah-pecah. Amalkan selalu dan
lihat hasilnya.

Menanggalkan Daki Pada Badan
Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk
menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak,
leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas
kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging
(cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg
termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan
air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Awet Muda
Petua 1
: Amalan memakan ulam-ulam yang segar dan buah-buahan
tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan
kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Amalkan memakan ulam pegaga
selama beberapa minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga
memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalaman anda.
Petua 2
: Ambil 2 helai pucuk betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci
lempoyang, 2 inci isi cekor dan satu cawan air masak. Bahan2 ini
dikisar lumat dan ditapis. Minum ramuan ini setiap hari. Hasilnya
wajah anda lebih bersih, berseri dan kulit cantik.

Mengelak Keguguran Rambut
Petua 1
: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas
kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat
semulajadi.
Petua 2
: Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak.
Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga
dapat mencegah kelemumur.
Petua 3
: Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya
bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan
selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan
mengikat rambut dgn getah.

Menghilangkan Parut Campak ( Chiken Pox )
Petua 1
: Pada tanda yang berlubang, sapukan kulit pisang (bahagian
dalam ) dimana lendir pada kulit pisang tersebut boleh
menyembuhkannya. Cuba hari-hari selepas cacar tersebut kering.
Manakala pada tanda hitam , kisar kacang hijau sehingga jadi debu
dan sapukan pada bahagian tersebut seperti bedak. Insyaallah.
Petua 2
: Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas
demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.
Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri.
Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Meluruskan Rambut
Petua 1
: Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan
dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais
sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan
pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala
sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu.
Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petua 2
: Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air
nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan
selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

Bibir Sentiasa Berseri
Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat
dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau
rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat
melihat hasilnya.

Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah
Petua 1
: Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong
bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah
betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang
memuaskan.
Petua 2
: Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg
berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap
hari hingga tumit sembuh semula.
Petua 3
: Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg
kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit
kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok
tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama
beberapa minit.
Petua 4
: Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.
Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum
mandi.

Mencerahkan Ketiak
Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba petua ini. Campur
sedikit kapur sireh bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak
setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan
cerah dan tidak berbau lagi.

Menghilangkan Bulu Ketiak
Petua 1
: Langkah pertama ialah dengan mencabut bulu ketiak
keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan ke dalam
kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh. InsyaAllah dgn
cara ini, bulu ketiak akan hilang.
Petua 2
: Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. Gaul
rata dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah
bercukur, setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil.
Petua 3
: Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur
barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak
setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur
dengan sendirinya.

Menghilangkan Bau Ketiak
Petua 1
: Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan kedua-dua
bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2 kali
seminggu.
Petua 2
: Rebus lima helai daun sireh dan lima kuntum bunga kenanga.
Didihkan airnya tinggal separuh gelas. Tapis dan campur gula merah.
Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
Petua 3
: Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit
air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
Petua 4
: Tumbuk daun sireh dengan sedikit tawas hingga lumat.
Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan
dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.

Mengilat Kuku Kaki
Petua 1
: Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada
kuku kaki sehingga kelihatan berkilat. Buat sekerap yang anda mahu.
Petua 2
: Ambil belimbing besi dan gosokkan pada kuku kaki supaya
kembali bersih dan berkilat.

Melembapkan Muka
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi
dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama
seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit
anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan
diatasi.

Menguatkan Akar Rambut
Parut lobak merah dan perah airnya. Air perahannya digunakan untuk
mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak
merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar
rambut.

Menghilangkan Bintik Hitam
Petua 1
: Sapukan ubat gigi pada kawasan bintik hitam pada wajah
anda sebelum masuk tidur. Warna bintik-bintik hitam akan beransur
pudar dan menjernihkan wajah anda sekaligus.
Petua 2
: Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur.
Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik
hitam. Setelah kering tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan
pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.

Melebatkan Bulu Kening
Petua 1
: Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk
lumat. Sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur. Keesokkannya
bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Petua 2
: Ambil batang pucuk paku. Ramas sehingga keluar lendir.
Sapukan lendir tersebut pada bulu kening. Amalkan selalu.

Mengelak Kuku Panjang Patah
Kuku panjang memang mudah patah. Ambil beberapa biji bawang putih,
dipotong dua. Benamkan pada kuku. Amalkan selalu. InsyaAllah kuku
akan menjadi kuat dan berseri.

Mengurangkan Bintik Putih
Petua 1
: Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren.
Kisar bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan ini dan
campurkan dengan sedikit air. Gosoklah ke muka anda dan di
tempat-tempat yang ada bintik putih. InsyaAllah jika rajin
mengamalkannya, bintik2 putih di muka akan berkurangan.
Petua 2
: Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering
airnya. Kisar beras pulut tersebut dan diayak halus. Gunakan beras
ini utk mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit
perlahan2 selama 5 minit. Cuci hingga bersih. InsyaAllah wajah akan
lebih halus, licin dan tiada lagi bintik2 putih.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian
pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas
dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menghilangkan Bau Mulut
Petua 1
: Ambil 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih.
Kemudian kedua-duanya ditumbuk lumat. Gosok pada gigi dan berkumur.
Lakukan 3 hari sekali, baunya akan hilang dan ia mengeluarkan bau
yang harum.
Petua 2 : Amalkan makan hampas kelapa yang sudah digoreng tanpa
minyak dan minum air suam. Makanlah setiap pagi dan malam selama 3
hari atau 3 hari sekali.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan
pada muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan
harum.

Mengelak Kulit Bersisik
Ambil segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan suku
gelas madu lebah. Campurkan bahan ini dan panaskan seketika tetapi
jgn sampai mendidih kerana ia akan merosakkan khasiatnya. Minum 2
kali sehari dan amalkan sehingga kulit bersisik tadi menggelupas.
InsyaAllah akan mendapat kulit yang lebih halus dan licin.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah
dihancurkan .

Mencantikkan Kulit Muka
Petua 1
: Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10
minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
Petua 2
: Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan
basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan
sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
Petua 3
: Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang
sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian
cucilah dengan air bersih.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga
menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau
bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci
sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang
jerawat tiada.

Rambut Berbuah Dan Bercabang
Petua 1
: Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar
dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air
bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petua 2
: Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda.
Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya
selepas itu.

Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang
berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas
bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah petua yang saya
beri ini insyaAllah berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya
dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya
:Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau
sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke
tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Mencantikkan Betis
Ambil minyak kelapa dan sapukan pada betis setiap hari. Selang 2-3
hari, urut pula dengan menggunakan hampas kelapa. InsyaAllah betis
anda sentiasa cantik.

Merawat Panau
Petua 1
: Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada
tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Petua 2
: Gosoklah panau dengan belerang mancis api terutama pada
waktu tengahari. Kemudian ketika mandi, gosok pula dengan air limau
nipis. InsyaAllah panau tersebut akan cepat hilang.

Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki
Letakkan 5-10 asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke
dalamnya selama 20-30 minit . Amalkan sebelum anda masuk tidur.
InsyaAllah kuku anda akan kelihatan cantik.

Mengatasi Bulu Roma Lebat
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau
dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah
ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit
gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang
ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j
am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari.
Insya-Allah bulu roma anda akan gugur

Memerahkan Bibir
Petua 1
: Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk
tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti
memakai gincu.
Petua 2
: Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur
kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir
pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Petua 1
: Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi
abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan
berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Petua 2
: Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk
sehingga menjadi serbuk dan gosoklah pada gigi. Amalkan selalu.
Petua 3
: Tumbuk kayu arang sehingga halus dan gosokkan pada gigi.
Petua 4
: Ambil 7 biji pinang yang telah kering kulitnya. Bakar
pinang sehingga hangus dan hitam. Kemudian tumbuk sehingga menjadi
serbuk. Gunakan serbuk tersebut untuk mencuci gigi. Amalkan petua
ini 3 kali seminggu. InsyaAllah kesan kekuningan pada gigi akan
hilang.

Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup .
Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .
Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda .
Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian
ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan ,
muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak .
Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.
Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil
beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air
panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu.
Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan
anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,
kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi
licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat
pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah,
jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).
Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua.
Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali
seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan
biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari
sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci
dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu
tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke
seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air
suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi
jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di
sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan
pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1
: Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya.
Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air
perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari
selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2
: Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan
serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat.
Amalkan selama seminggu.
Petua 3
: Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk
lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh
pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira
setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap
kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4
: Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga
juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat
di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak
sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda
hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam
sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut
boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam
botol yang kering.
Petua 5
: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah.
Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah
dengan air suam.
Petua 6
: Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka
terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7
: Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada
wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air
suam.

Mengempiskan Perut
Petua 1
: Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya
mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah
jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi.
Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang
memuaskan. Insyaallah perut anda akan kempis jika rajin
mengamalkannya.
Petua 2
: Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil
limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk
tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan
insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini
untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
Petua 3
: Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh
muka atau membuang air kecil.
Petua 4
: Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah
secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus,
kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis
dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Petua 5
: Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur
sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam.
Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi
mengempiskan perut.

Menurunkan Berat Badan
Petua 1
: Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau
nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya:
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,
setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air
sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan
air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan
malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah
meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun
Petua 2
: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu
meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Petua 3
: Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga
bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan
ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan
secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3
kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

 Membuang Lemak Badan
Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba
amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan
tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik
delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu
pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga
pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah
lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa
baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar
lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke
dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda
jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.
Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah
segar dan langsing.

Melangsingkan Tubuh
Petua 1
: Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah
airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.
Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Petua 2
: Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air
suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.
Petua 3
: Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya.
Amalkan meminumnya 2 kali sehari.
Petua 4
: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada
hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan
ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

Menghilangkan Jeragat
Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil
putih saja) dan 1/2 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk lumat
kunyit hidup , kemudian campurkan dgn tepung ubi dan putih telur.
Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pad kulit
muka selama 20 minit sebelum mandi. Petua ini bukan saja dapat
menghilangkan jeragat malah dapat melicin dan menegangkan kulit
muka.

Menghilangkan Lebam Mata
Petua 1
: Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada
mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak
masuk tidur.
Petua 2
: Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis.
Lakukan beberapa kali.

Mengilat Dan Menghitamkan Rambut
Petua 1
: Ambil segenggam kelapa yang baru diparut (yang bersih).
Ketika mandi, kelapa itu hendaklah digosok rata-rata pada bahagian
rambut, dijadikan seperti syampu setiap hari ketika mandi. Nescaya
rambut anda menjadi hitam berkilat.
Petua 2
: Ambil daun ati-ati dan tumbuk jadikan air. Sapukan pada
rambut, kemudian basuh dan bilas supaya hitam berkilat.

Menghitamkan Uban
Masalah uban turut dialami oleh mereka yang masih muda. Untuk
menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari. Tumbuk hingga lumat.
Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan hingga menjadi
minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.
Tangan Gebu dan Licin
Ambil sedikit garam dan perahan limau kasturi, gosoklah pada tangan.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini