Selasa, Jun 07, 2011

Panduan Perjalanan ke Langkawi

Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Oleh kerana Langkawi adalah sebuah pulau, maka pelancong dan penduduk tempatan bergantung kepada bot dan feri untuk berulang alik ke tanah besar. Bagaimanapun, dengan kepesatan pembangunan di Langkawi, sebuah lapangan terbang modern dan lengkap bertaraf antarabangsa telah dibina di sebelah pantai barat Kuala Muda.

Pengangkutan Udara

Lapangan terbang antarabangsa (04-955 1311) di Kuala Muda, terletak 20 kilometer dari pekan Kuah. Penerbangan pergi dan balik meliputi beberapa destinasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor bahru dan Ipoh. Terdapat juga penerbangan antarabangsa ke Changi, Singapura dan Kansai, Jepun.

Lapang terbang ini menjadi lokasi pendaratan beberapa syarikat penerbangan seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Silk Air dan Air Asia. Terminal lapangan terbang Langkawi ini juga dipenuhi dengan kedai-kedai bebas cukai.

Beberapa ratus meter daripada lapangan terbang terletak kompleks bebas cukai yang besar bagi pengunjung membeli pelbagai barangan berstatus bebas cukai. Kawasan ini juga menjadi lokasi persidangan dan pameran antarabangsa, seperti pertunjukan International Maritime and Aerospace (LIMA) yang diadakan pada November setiap tahun.

Perjalanan

Harga

Syarikat

Penerbangan

Langkawi - Kuala Lumpur RM 135 MAS;
Air Asia
Terus, setiap hari
Langkawi - Pulau Pinang RM 51 MAS;
Air Asia
Terus, setiap kali
Langkawi - Johor Bharu RM 199 MAS;
Air Asia
Terus, setiap kali
Langkawi - Singapura RM 333 MAS;
Silk Air
Terus, setiap hari

Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Pengangkutan Air

Terdapat empat lokasi pelepasan dan ketibaan feri dan bot bagi pengunjung yang ingin menikmati kesronokan perjalanan air.Lokasi-lokasi berkenaan (dari tanah besar) ialah Kuala perlis (Perlis), Kuala Kedah (Kedah), George Town (Pulau Pinang) dan Satun (Thailand).

Jeti

Tempoh perjalanan

Harga Tiket

Kuala Perlis 45 minit RM 13
Kuala Kedah 1 jam 10 minit. RM 15
Georgetown 2 jam 30 minit. RM 35
Satun 1 jam 30 minit. RM 15-18

Beberapa Syarikat Feri ke Langkawi

Terdapat beberapa syarikat feri yang beroperasi di Kuah, Langkawi yang menawarkan perkhidmatan dari dan ke Langkawi. kebanyakannya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

The Kuala Perlis Langkawi Ferry Service (KPLFS)
Nombor telefon: 04-966 6929

Kelas

Harga Tiket

Pertama
RM 45
Kedua
RM 45
Feri terakhir
6.15 p.m.

Ekspres Bahagia
Nombor telefon: 04-966 5784

Perjalanan Kuah - Georgetown
Harga Tiket RM 35
Tempoh Perjalanan 4 jam 30 minit
Feri Pertama 8.00 pagi.
Feri Akhir 5.50 petang

Ekspres Superstar
Nombor Telefon: 04 - 955 7110

Perjalanan Langkawi -Butterworth,
Pulau Pinang
Harga Tiket:
Isnin- Khamis
Jumaat- Ahad

RM 50
RM 75
Tempoh Perjalanan 3 hours
Feri Pertama 9 pagi, 3 petang.
(2 perjalanan setiap hari)
Feri Terakhir 12 tengahari, 6 petang (2 perjalanan setiap harian).

Panduan Perjalanan di Langkawi

Dalam usaha memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan hijau yang bebas pencemaran asap dan kesesakan, kerajaan melarang para pengunjung membawa masuk kereta peribadi. Justeru, pengunjung ke pulau itu bergantung kepada teksi, pengangkutan awam serta kenderaan sewa (kereta, motorsikal dan basikal)

Sekiranya anda ke Langkawi dengan kapal terbang, lebih baik sekiranya anda mengetahui kadar bayaran pengangkutan atau kereta sewa yang dikenakan dengan lebih awal untuk tujuan merancang perbelanjaan sepanjang percutian.

Kepada pengunjung yang pertama kali ke Langkawi, teksi akan menjadi pilihan utama tentulah menggunakan khidmat teksi. jadi wajarlah anda mengetahui kadar-kadar tambang teksi - yang mungkin berubah-ubaah mengikut masa dan perkhidmatan.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam berpusat di Kuah.Terdapat stesen bas di depan hotel City Bayview. Kadar tambang dari jeti Kuah ke pekan Kuah RM1 sekali perjalanan. Perjalanan lain ialah ke Pantai Cenang, degan kadar tambang RM1.70.

Kadar Tambang Teksi

Perjalanan
Harga
Lapangan Terbang - Kuah
RM 12
Lapangan Terbang - Pantai Cenang/Pantai Kok
RM 10
Jeti Kuah - Pekan Kuah
RM 5
Jeti Kuah - Lapangan Terbang
RM 15
Kuah - Pantai Cenang/Pantai Kok
RM 15
Kuah - Pantai Kok
RM 20

Kereta Sewa

Sewa kereta bersinonim dengan Langkawi. terdapat pengusaha sepenuh masa, dan ada yang menyewakan kereta secara sambilan, khususnya pada musim cuti sekolah atau pada hujung minggu.

Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Anda tidak perlu mencari kereta untuk disewa, kerana mereka yang akan mencari anda! Sejurus menjejak kaki ke Jeti Kuah, pasti ada pengusaha yang akan menawarkan kereta untuk disewa. terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk melakukan tawar menawar.

Bagaimanapun, sekiranya anda dan rakan-rakan berhajat untuk memandu sendiri, maka pilihan terbaik ialah menyewa daripada pemilik resort pantai tempat menginap. kebanyakan mereka mempunyai kenderaan untuk disewa, atau menguruskan penyewaan daripada pihak ketiga. kadar sewaan adalah berbeza-beza mengikut jeniskereta.kadar sewaan biasanya bermula dengan RM50 sehari.

Motorsikal sewa

Cara paling mudah dan jimat untuk bersiar-siar di sekeliling langkawi ialah menunggang motorsikal. Terdapat pelbagai jenis motorsikal yang disewakan di pulau itu, bermula dengan motorsikal berkuasa tinggi sehinggalah motorsikal keris berkuasa 110cc dan Honda 70cc. kadar sewa motorsikal adalah sekitar RM25 sehari. Anda boleh bergerak sejauh 70 kilometer mengelilingi pulau nan indah ini tanpa rasa ragu-ragu dengan menunggang motorsikal. Tapi awas, pastikan anda membawa lesen!


Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini