Memaparkan catatan dengan label Semua Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semua Artikel. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 06, 2011

Syukur Alhamdulillah....Ramadhan 2011



Assalammualaikum... Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..
Syukur ALHAMDULILLAH... Itu sajalah pekataan yg aku mampu katakan untuk Ramadhan 2011 kali ini.. Sebabnya, kali ini merupakan Tahun pertama kalinya aku menyambut bersama2 ngan keluarga aku.. Ada extra Anak aku skali, Si Nashwa.. :)
Untuk tahun lepas (2010), masa tu bini aku, Fisyah alami org panggie 'morning sickness'. Almaklumla... org baru pregnant.. So, aku terpaksala idup seperti org bujang walaupan dah bekerja, dh kawen, dh ada umah sewa sendiri..so duduk la aku sorang2.. Berbuka sorang2.. Sahur sorang (tu pun kadang2 termiss... bnyak kali gak la..)..

TAPI.. tahun ni 2011, semunya berubah,.. Ada Isteri tolong masakan.. Ada org tolong kejut sahur.. Ada anak boleh main2 sebelum tunggu waktu berbuka.. Syukur Alhamdulillah.. Yang penting, masakan semunya pilihan sendiri.. ehehe.. Bini aku tanya nk makan apa, aku sebut, cari bahan-bahan.. terus masak.. siap!! :)



Anak kami... Siti Nur Nashwa Bt Noor Azmi..
Kini dh berumur 5 bulan 11 Hari masa gambar ni di ambil..
:)



Sabtu, Julai 23, 2011

miESya 11 Tahun


Alhamdulillah.... Bersyukur sgt2 aku ke padaNYa kerana kini miESya sudah berumur 11 Tahun dengan segalanya berjalan lancar.. :).. Tipu la kalu nk kata tak ada asam garam gula cuka dan lain2 tu.. dh lumrah kehidupan mesti ada semuanya.. naun syukur kami dapat melaluinya dengan kesabaran dan hingga kini Kami masih utuh satu sama lain.. Memandangkn aku ni bukan org yg pandai berkata2, maka tak dpt la aku nk ungkapkan apa2 di sini.. Namun jauh di sudut hati ku terkedu tak tahu nk kata apa.. Hanya Tuhan saja yang Tahu...

Rabu, Julai 20, 2011

Keluarga Saya 2011


Salam..
Alhamdulillah.. Akhirnya setelah sekian lama berkumpul, kali ini kami berpeluang unuk bergambar sekeluarga TANPA BERKECUALI... :)
Terima kasih buat Istri aku, Nafisyah atau nama manja ku 'Cha' sbb tolong snapkan gambar ni.. :)
Walaupun pelbagai asam, garam, gula, cuka, limau nipis, madu, dan segala alah benda yg kami sekeluarga lalui, aku amat bertuah dan berbangga kerana di lahirkan dalam Keluarga ini.. Bagi aku amat sempurna diantara sempurna keluarga di dunia ini... Sapa tak sayang keluarga oii!!! Mak aku! Ayah aku!! baaanyak sgt berkorban untuk kami semua.. Dari mula bendang (sawah), pi ke kebun getah.. pi ke dusun.. pi ke ceruk.. pi ke kebun getah.. alih lembu.. tgk lembu.. kena ketit dengan sekenit, berkelah dalam dusun.. kutip petai.. tebas dusun.. tembak tupai.. daaaaan banyak lagi term-term yg tak sempat aku nk sebutkan disini, seeemunya aku kenal melalui mereka.. susah senang.. semunya dr mereka.. Kini aku dh bekerjaya sendiri.. Dah jadi cikgu.. Alhamdulillah.. itupun berkat doa kedua ibu bapa aku .. Aku masih teringat2 kan term-term tu.. rasa cam nak balik kg ja... Tambah2 plak aku anak last skali ni sorang tercampak jauh ke selatan.. Kerja punya pasal.. apa bulih buat..
Jauh di sudut hatiaku amat rindukan mak n ayah aku.. tapi dh jenis aku nie tak reti nk tunjuk, so senyap ja.. di hati sapa yg tahu..

MAK AYAH!!, Chek sgt rindukan mak n ayah.. Chek nak Mak n Ayah dekat ngan Chek!! :')

Rambah 17 Julai 2011..

Sabtu, Julai 09, 2011

Jalan2 ke Zoo Johor

Salam.. mm.. dh lama kami tak update blog nie.. paswod pun dh lupa.. nasib baik ada tertulis kat ketas.. hehe.. Kali ni kami nk kongsi crita lawatan mngejut kami bertiga ke Zoo Johor.. Sebab apa mengejut?? mmg terkejut.. first plan nk g Batu Pahat.. Then, tukar arah nk ke Danga Bay.. Dh lama tak jalan2 katakan.. Sampa area Danga Bay, tgk cuaca panas lagi.. Then bnyak gak tempat2 dia dh tutup.. So, pikir2 sambil drive kata p Zoo jew.. Sampai lam kol 5.00 Ptg.. Tnya penjaga tu dia kata tutup kol 7 ptg.. Then kol 6 ptg ada persembahan burung.. So, layan jew la.. Tiket pun baru RM2 sorang.. Bla. Bla.. Bla.. sampaila hampir2 kol 7 ptg.. Kami pun balik.. Masuk Danga Bay.. Lalu ja.. Usha2 tgk kot2 ada perubahan.. mmg bnyak gak.. Sarqus dh roboh.. Mall dh tutup.. Ntah la kenapa.. Xda papa notis pun.. Terus gerak balik.. ;)
ok.. selamat membelek2 gambar berkeping2 yg aku post mie.. )

Nashwa seronok nak jalan.. Lama dah dok tgk syiling umah ja.. :)

Buat anty Elly ngan Ina.. Terima Kasih atas kasut nie. Akhirnya bleh gak Nashwa pakai jejalan.. hehe..




Ahad, Jun 12, 2011

Cuti Sekolah Datang lagi... ;P

Apa yg nk dicerkan ek?? haha.. baaaanyak sgt.. Mau tak banyak.. pas bersalin (23 Feb 2011) ritu kami lom lagi balik kg.. smapai la cuti skolah nie. Pendek kata Tahun 2011 ni, ni la kali pertama kami kat KEDAH... Rindu sgt2 dah si cucu kat tok-tok n tkwan dia.. Mama dia skali pun rindu gak.. nak cerita pengalaman berpantang sendri kot.. hehe.. aku, sbgai suami.. apa la yg boleh buat selain penuhi kehendak si isteri dan juga tak boleh lari dari tanggungjawab seorang anak.. tolong sikit2 mana yang mampu.. Pendek kata, cuti ni aku amat seronok, penat, letih dan sibuk dengan suasana kampung bersama keluarga tercinta.. Alang2 skali skala balik, buat la habis baik.. hehe..

Duit??mm tu tak yah cerita la.. bnyak yng terlabur.. Mmg dh lumrah kehidupan kalu sesekali balik, kompom bnyak guna.. xpa.. bukan selalu.. Lagi pun labur kat keluarga, apa la salahnya kan.. xda salah mana pun.. Keluarga pun dh bnyak labur kat kita sewaktu nk membesarkan kita dulu.. sekarang, masa kita la plak.. :P..

Walaupun bnyak gak masa aku laburkan tanpa memikirkan hal2 kerja, tapi terus terang aku masih rasa TAK CUKUP!! Rasa cam nak cuti lama ja.. cam2 kerja nk wat.. Nak lawat sanak saudara.. adeehh.. lawat sanak saudara aku lom sempat wat ritu.. Aiseemeenn.. cmna nie.. ?? Xpa la tunggu cuti ujung tahun nnti.. eh...? Raya ni kan cuti lagi?.. mm..tapi kami tak pasti la boleh balik ka tak... ;( Bukan tak nak balik.. tapi bnyak kena fikirkan.. Almaklulaa.. dari segi kereta nya... keadaan anak kecilnya..mm.. kereta masih berkuasa rendah lagi.. Tapi Alhamdulillah.. sepanjang kami guna dan akan terus selamnya, dia masih setia pada kami.. Lom buat hal.. Kondition baaaik punya.. Cuma tak leh la nk tekan 160km/j terus ke Kedah... hehe.. 'Barang Lama' katakan.. tapi teeeeeeeeeerbaaikkk!!! hehe.. Terima Kasih bnyak2 kat Ibu mertua aku sebab sanggup Pinjamkan kat Kami.. Akan kami bayar sikit2 nnti.. hehe

Anak?? mm anak kami plak nie cepat rasa bosan kalu dok lama2 lam keta.. Ya la.. mau tak bosannya..12 jam dok perap lam tu ja.. Len la kalu dia boleh drive, tak la bosan sgt.. Mama n abah dia pun leh rehat2.. hehe.. Xpa2 Nasha Anak abah.. Nnti abah ajar drive keta ek..;P

Okey la.. kalu nk dicerikan semua, mau sebulan tak abis baca.. hal kenduri la.. kawan2 kawen la.. kawan2 bertunang la.. renovet rumah la.. makan laksa la.. minum mknan yg tak dak kat johor la.. jalan2 ngan famila la.. makan2 ngan family la.. macam-macam lagi laaa... aku pun hnya bolh kongsikan2 pengalaman aku melalui gambar.. :P

Selasa, Jun 07, 2011

Panduan Perjalanan ke Langkawi

Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Oleh kerana Langkawi adalah sebuah pulau, maka pelancong dan penduduk tempatan bergantung kepada bot dan feri untuk berulang alik ke tanah besar. Bagaimanapun, dengan kepesatan pembangunan di Langkawi, sebuah lapangan terbang modern dan lengkap bertaraf antarabangsa telah dibina di sebelah pantai barat Kuala Muda.

Pengangkutan Udara

Lapangan terbang antarabangsa (04-955 1311) di Kuala Muda, terletak 20 kilometer dari pekan Kuah. Penerbangan pergi dan balik meliputi beberapa destinasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor bahru dan Ipoh. Terdapat juga penerbangan antarabangsa ke Changi, Singapura dan Kansai, Jepun.

Lapang terbang ini menjadi lokasi pendaratan beberapa syarikat penerbangan seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Silk Air dan Air Asia. Terminal lapangan terbang Langkawi ini juga dipenuhi dengan kedai-kedai bebas cukai.

Beberapa ratus meter daripada lapangan terbang terletak kompleks bebas cukai yang besar bagi pengunjung membeli pelbagai barangan berstatus bebas cukai. Kawasan ini juga menjadi lokasi persidangan dan pameran antarabangsa, seperti pertunjukan International Maritime and Aerospace (LIMA) yang diadakan pada November setiap tahun.

Perjalanan

Harga

Syarikat

Penerbangan

Langkawi - Kuala Lumpur RM 135 MAS;
Air Asia
Terus, setiap hari
Langkawi - Pulau Pinang RM 51 MAS;
Air Asia
Terus, setiap kali
Langkawi - Johor Bharu RM 199 MAS;
Air Asia
Terus, setiap kali
Langkawi - Singapura RM 333 MAS;
Silk Air
Terus, setiap hari

Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Pengangkutan Air

Terdapat empat lokasi pelepasan dan ketibaan feri dan bot bagi pengunjung yang ingin menikmati kesronokan perjalanan air.Lokasi-lokasi berkenaan (dari tanah besar) ialah Kuala perlis (Perlis), Kuala Kedah (Kedah), George Town (Pulau Pinang) dan Satun (Thailand).

Jeti

Tempoh perjalanan

Harga Tiket

Kuala Perlis 45 minit RM 13
Kuala Kedah 1 jam 10 minit. RM 15
Georgetown 2 jam 30 minit. RM 35
Satun 1 jam 30 minit. RM 15-18

Beberapa Syarikat Feri ke Langkawi

Terdapat beberapa syarikat feri yang beroperasi di Kuah, Langkawi yang menawarkan perkhidmatan dari dan ke Langkawi. kebanyakannya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

The Kuala Perlis Langkawi Ferry Service (KPLFS)
Nombor telefon: 04-966 6929

Kelas

Harga Tiket

Pertama
RM 45
Kedua
RM 45
Feri terakhir
6.15 p.m.

Ekspres Bahagia
Nombor telefon: 04-966 5784

Perjalanan Kuah - Georgetown
Harga Tiket RM 35
Tempoh Perjalanan 4 jam 30 minit
Feri Pertama 8.00 pagi.
Feri Akhir 5.50 petang

Ekspres Superstar
Nombor Telefon: 04 - 955 7110

Perjalanan Langkawi -Butterworth,
Pulau Pinang
Harga Tiket:
Isnin- Khamis
Jumaat- Ahad

RM 50
RM 75
Tempoh Perjalanan 3 hours
Feri Pertama 9 pagi, 3 petang.
(2 perjalanan setiap hari)
Feri Terakhir 12 tengahari, 6 petang (2 perjalanan setiap harian).

Panduan Perjalanan di Langkawi

Dalam usaha memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan hijau yang bebas pencemaran asap dan kesesakan, kerajaan melarang para pengunjung membawa masuk kereta peribadi. Justeru, pengunjung ke pulau itu bergantung kepada teksi, pengangkutan awam serta kenderaan sewa (kereta, motorsikal dan basikal)

Sekiranya anda ke Langkawi dengan kapal terbang, lebih baik sekiranya anda mengetahui kadar bayaran pengangkutan atau kereta sewa yang dikenakan dengan lebih awal untuk tujuan merancang perbelanjaan sepanjang percutian.

Kepada pengunjung yang pertama kali ke Langkawi, teksi akan menjadi pilihan utama tentulah menggunakan khidmat teksi. jadi wajarlah anda mengetahui kadar-kadar tambang teksi - yang mungkin berubah-ubaah mengikut masa dan perkhidmatan.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam berpusat di Kuah.Terdapat stesen bas di depan hotel City Bayview. Kadar tambang dari jeti Kuah ke pekan Kuah RM1 sekali perjalanan. Perjalanan lain ialah ke Pantai Cenang, degan kadar tambang RM1.70.

Kadar Tambang Teksi

Perjalanan
Harga
Lapangan Terbang - Kuah
RM 12
Lapangan Terbang - Pantai Cenang/Pantai Kok
RM 10
Jeti Kuah - Pekan Kuah
RM 5
Jeti Kuah - Lapangan Terbang
RM 15
Kuah - Pantai Cenang/Pantai Kok
RM 15
Kuah - Pantai Kok
RM 20

Kereta Sewa

Sewa kereta bersinonim dengan Langkawi. terdapat pengusaha sepenuh masa, dan ada yang menyewakan kereta secara sambilan, khususnya pada musim cuti sekolah atau pada hujung minggu.

Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Anda tidak perlu mencari kereta untuk disewa, kerana mereka yang akan mencari anda! Sejurus menjejak kaki ke Jeti Kuah, pasti ada pengusaha yang akan menawarkan kereta untuk disewa. terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk melakukan tawar menawar.

Bagaimanapun, sekiranya anda dan rakan-rakan berhajat untuk memandu sendiri, maka pilihan terbaik ialah menyewa daripada pemilik resort pantai tempat menginap. kebanyakan mereka mempunyai kenderaan untuk disewa, atau menguruskan penyewaan daripada pihak ketiga. kadar sewaan adalah berbeza-beza mengikut jeniskereta.kadar sewaan biasanya bermula dengan RM50 sehari.

Motorsikal sewa

Cara paling mudah dan jimat untuk bersiar-siar di sekeliling langkawi ialah menunggang motorsikal. Terdapat pelbagai jenis motorsikal yang disewakan di pulau itu, bermula dengan motorsikal berkuasa tinggi sehinggalah motorsikal keris berkuasa 110cc dan Honda 70cc. kadar sewa motorsikal adalah sekitar RM25 sehari. Anda boleh bergerak sejauh 70 kilometer mengelilingi pulau nan indah ini tanpa rasa ragu-ragu dengan menunggang motorsikal. Tapi awas, pastikan anda membawa lesen!


Petikan daripada : http://www.tutor.com.my

Jumaat, Jun 03, 2011

Birthday Dayini.. Sory lambat post!!




Happy Birthday to Dayini
Tempat : Umah Kg Tok Dam
Tarikh : 2 Jun 2011



Kepada semua yg berkenaan.. sory naa lambat post kan majlis nie.. Sibuk sikit. hehe

Selasa, Februari 15, 2011

Saiz Gambar

Table of some common sizes

Print Japan Size (in.) Size (mm) 300dpi (px) Aspect ratio Note
E 3¼" × 4½ 82.5 × 120 mm
16:11 (1.45) Size in inches is approximate
3R L 3½" × 5" 89 × 127 mm 1051 × 1500 px 10:7 (1.43) Called "9 × 13 cm" worldwide.
4R KG 4" × 6" 102 × 152 mm 1205 × 1795 px 3:2 (1.5) Standard consumer print size in US, Canada and Australia. Called "10 × 15 cm" worldwide.
4D
4½" × 6"

4:3 (1.33) New size for digital camera photos.
5R 2L 5" × 7" 127 × 178 mm 1500 × 2102 px 7:5 (1.4) Twice the size of a 3R print. Called "13 × 18 cm" worldwide.
6R 8P 6" × 8" 152 × 203 mm 1795 × 2398 px 4:3 (1.33) Twice the size of a 4R print.
8R 6P 8" × 10" 203 × 254 mm 2398 × 3000 px 5:4 (1.25) Can be used for contact prints from 8x10 film. Called "20 × 25 cm" worldwide.
S8R 6PW 8" × 12" 203 × 305 mm 2398 × 3602 px 3:2 (1.5) Closest approximation to A4, twice the size of a 6R print. Called "20 × 30 cm" worldwide.
10R 4P 10" × 12" 254 × 305 mm 3000 × 3602 px 6:5 (1.2)
S10R 4PW[3] 10" × 15" 254 × 381 mm 3000 × 4500 px 3:2 (1.5)
11R 11" × 14" 279 × 356 mm 3295 × 4205 px 14:11 (1.27) Called "28 × 36 cm" worldwide.
S11R 11" × 17" 279 × 432 mm 3295 × 5102 px 17:11 (1.54)
12R 12" × 15" 305 × 381 mm 3602 × 4500 px 5:4 (1.25)
S12R 12" × 18" 305 × 465 mm 3602 × 5492 px 3:2 (1.5)


Cari Blog Ini