Sabtu, Julai 24, 2010

NANGKA MUDA MASAK LEMAK

BAHAN-BAHAN

600 g nangka muda dipotong kecil-kecil
1 1/2 biji kelapa parut di perah 450 ml santan pekat dan 600 ml santan cair
300 g udang hidup, dibuang kulit atau ikan kurau kering
4 helai daun salam
3 keping asam gelugur
2 cm lengkuas dititik
1 batang serai dititk
garam secukup rasa
125 ml minyak kacang

BAHAN-BAHAN(a)
(Digiling halus)
12 biji lada merah, boleh juga dicampur dengan cili padi
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA-CARA

1. Rebuskan nangka hingga empuk dan toskan
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan (a) bersama lengkuas dan serai. Biarkan hingga berbau wangi dan masukkan udang dan santan cair. Kacau dan bubuhkan pula nagka, daun salam dan asam gelugur. Biarkan hingga mendidih.
3. Campurkan santan pekat, kacau dan masaklah hingga pecah minyak

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini